Kursus ini memperkenalkan konsep, teori dan teknik-teknik penghasilan animasi. Pelajar diajar untuk merancang pembinaan animasi bermula dari menulis skrip dan papan cerita. Kandungan kursus ini juga meliputi kemahiran penghasilan grafik dan audio untuk diintergrasi dalam animasi. Pelajar turut didedahkan tentang penulisan kemahiran pembinaan model animasi, pemetaan objek, pencahayaan, dan kesan-kesan khas digital dalam animasi untuk meningkatkan kualiti dan kreativiti bahan yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.