Seni dalam Pendidikan merupakan satu kursus yang ditawarkan kepada semua pelajar PISMP untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bidang Pendidikan Matematik di sekolah rendah. Komponen seni visual, muzik, dan pergerakan yang terkandung dalam kursus ini dapat membantu membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif, dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sesuai dengan keperluan murid sekolah rendah.