Kursus ini menawarkan ilmu pengetahuan tentang sejarah dan kepentingan taksonomi yang boleh diaplikasi untuk mengkaji kepelbagaian biologi. Variasi genetik dianalisis dan faktor atas variasi genetik yang mencabar kemandirian spesis dikaji. Kursus ini juga meliputi isu-isu berkaitan teknologi genetik dan penggunaannya secara beretika dalam penambahbaikan kualiti benda hidup.