Ekstra Kurikulum

  1. Frog VLE adalah sejenis VLE yang dipilih untuk pelaksanaan projek 1BestariNet. Frog VLE berfungsi sebagai komuniti pembelajaran untuk warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE adalah sistem pembelajaran yang berasaskan jaringan dan menyerupai pembelajaran dunia sebenar, tetapi menggabungkan konsep pendidikan konvensional dan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan memeriksa tugasan secara maya, sementara pelajar pula dapat menghantar tugasan dan menyemak markah mereka menerusi VLE.

    Para guru dan pelajar turut boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan akan dapat dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa kerana Frog VLE adalah berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Dengan ini, proses pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja, sama ada di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.